Friday 2 December 2011

Kekal menawan pikat suami


Entry aku kali ni dipetik dari metro . menarik kisah ni . 
Law anda na ambik jea . xnk xpea . aku sja tertarik dgn kisah ni . na buad caner. tol x?ok . na start cita da . tepuk tgk dulu sebelum dgr or baca . ok . tamat la cita 2 . sape suh anda tepuk tgnkan?hehe . guraw jea . jgn ambik haty yea . 

Baca n hayati . 

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.

e2 saja . harap yg da bekawen 2 . try cara macek ni . salam . thanx kerna sudi membaca

Dah Baca ? like larhh derrrrrr :D

Saturday 20 August 2011

TV3 - MENGURAI RINDU


       Malam ni dalam pukul 10 malam niz tgk cita mengurai rindu . kebetulan pacek shahrul saya pown gah tengok cita 2 . cita ni agak best . 


SINOPSIS


      Cita ni seorang mak cik yg kehilangan ank , menantu dan cucunya . dye kehilangan ank , menantu dan cucunya  pada pagi raya 3 tahun yang lepas . Mak cik tadi ni mempunyai seowg adik dan ank saudara . Anak saudara mak cik ni yg bernama HAMDAN sering keluar merempit dan menipu ibunya bahawa dia berpuasa . Setelah 3 tahun ank , menantu dan cucu mak cik tadi meninggal , dia tinggal seorang diri . Setiap tahun menjelang Hari Raya dia akan menanti anaknya pulang . HAMDAN dan rakannya menolong mak ciknya untuk mengemas gerai . Setiap hari HAMDAN akan ke stor gerai mak ciknya untuk makan . Mak cik HAMDAN tidak tahu bahawa HAMDAN tidak berpuasa . HAMDAN kerap kali datang ke gerai mak ciknya untuk makan di stor gerai itu . Satu hari , HAMDAN dan rakannya pergi ke gerai mak ciknya untuk makan di stor . Mak ciknya berkata " aku tidak izinkan kau makan di sini , aku tidak maw bersubahanat dengan kowg berdua " . HAMDAN  pula berkata " mak long ingat ape yang mak long kata pada saya " . Selepas HAMDAN meninggalkan gerai mak ciknya , dia pergi menceroboh rumah mak cik tadi dan meminta rakannya KAMIL masakkan mee segera untuk mereka makan di dapur rumah mak cik HAMDAN . Semasa KAMIL membuka api , tiba - tiba dapur yang ingin digunakannya untuk memasak mee segara terbakar . Kemudian , KAMIL memanggil HAMDAN untuk memadankan api tersebut . Api berjaya dipadamkan , mereka berdua keluar dari rumah tersebut . HAMDAN memberitahu ibunya agar menghantar mak ciknya itu ke rumah kebajikan . Ibu HAMDAN mengikut kata-katanya dan pergi ke rumah kakaknya itu untuk memberitahu agar kakaknya pergi ke rumah kebajikan tersebut . Kakaknya itu enggan pergi ke rumah kebajikan tersebut kerna ingin menetap di rumahnya sendiri . Keesokan harinya , mak cik itu pergi keluar rumah untuk mencari kucingnya . Dia ternampak sebuah kereta rosak berhampiran dengan rumahnya . Dia pun pergi ke kereta itu untuk melihat apa yang terjadi . Dia terlihat seorang perempuan , lelaki dan kanak - kanak perempuan wajah seperti ank , menantu dan cucunya . Dia memanggil wanita itu , ROZIANA ( anak tunggalnya ) . Orang kampung itu mengatakan bahawa mak cik itu gila dan myanyuk . Setelah berbincang tentang penginapan wanita itu dan suaminya serta anknya menginap di rumah mak cik itu . Setelah berbuka mereka berehat di ruang tamu dan mak cik itu memberitahu kisah tentang anknya . Semasa mak cik itu menceritakan kisah anknya , kanak - kanak tersebut terjumpa bingkai gambar ank , menantu dan cucu mak cik tu . Then , wanita tu tengok wajah dia , suami dan anknya sama dengan ank mak cik tu . Selepas mak cik itu tidur , mereka pown berbincang tentang gambar yang mereka tengok tadi . Mereka berpendapat bahawa mak cik itu bukan nyanyuk dan gila . Keesokkan harinya adalah Hari Raya . Wanita itu memintz izin untuk memanggil mak cik itu emak dan ingin mncium tangan mak cik itu sebagai ibunya sendiri . Dan akhirnya mak cik itu pown berasa gembira kerana wanita itu menganggap mak cik itu sebagai ibunya . Dan HAMDAN pula terlantar di hospital akibat perkara yang sering dia lakukan iaitu berlumba motosikal . 


      Bagi aniz cerita ini amat menarik . Ada pula sedutan yang menyedihkan . Aniz ase cita ni dapat pelbagai pengajaran salah satunya bersyukur kepada pencipta kita . 


      Sampai di sini sahaja cerita aniz . kita jumpa di cerita yang lain . 
Dah Baca ? like larhh derrrrrr :D